October 23, 2014 6:06 PM
TOPIK HANGAT DI BLOG PREMIUM EXCEL
Home / SLOT MOTIVASI / KENALI CARA NABI MUHAMMAD BERNIAGA : USAHAWAN MUDA TERBILANG
KENALI CARA NABI MUHAMMAD BERNIAGA : USAHAWAN MUDA TERBILANG

KENALI CARA NABI MUHAMMAD BERNIAGA : USAHAWAN MUDA TERBILANG

Gelaran al-Amin yang diberikan kepada Nabi Muhammad tidak datang begitu sahaja. Ia wujud daripada usaha beliau yang terus membina kredibiliti dan kapasitinya sebagai seorang peniaga yang jujur. Kejujurannya inilah yang melahirkan kepercayaan orang ramai pada dirinya. Oleh sebab itulah, orang bijak pandai pernah berkata:

“Apabila anda ingin menguji sahabat sejati, ajaklah dia berniaga”.

Ungkapan di atas muncul kerana dalam perniagaan, sifat jujur memang sukar diamalkan dan dipertahankan. Ramai sahabat yang menjadi rakan kongsi perniagaan gagal sebelum sempat mereka mengembangkan usaha kerana mereka tidak jujur dan saling tidak mempercayai antara satu dengan yang lain.

Nabi Muhammad mampu mengatasi masalah-masalah itu. Pada usia 17 hingga 20 tahun, beliau mendapat kepercayaan bapa saudaranya bagi menguruskan perniagaan beliau. Apabila Nabi Muhammad mahir menguruskan perniagaan, beliau mula menghadapi persaingan dengan para pedagang veteran di jazirah Arab dalam pasaran yang lebih luas. Pada usia 23 hingga 25 tahun, nabi melonjak menjadi seorang peniaga profesional. Beliau mampu menjalankan amanah dengan mengendalikan perniagaan Khadijah sehingga memperoleh keuntungan berlipat kali ganda. Semua urusan perniagaannya dijalankan dengan kaedah berniaga yang cerdas.

Nabi Muhammad mengenali pasar-pasar di kawasan tempat beliau berniaga dengan baik. Beliau berusaha mengenali karakter masyarakat di tempat-tempat itu. Nabi Muhammad meluaskan rangkaian perniagaannya dengan membina kerjasama strategik dengan rakan kongsi yang berpotensi. Selain itu, beliau mencari produk-produk terkini dan berkualiti tinggi. Kemudian, beliau menjualnya dengan penuh sopan santun, memberikan maklumat mengenai produk dan memberikan jaminan kepada pelanggannya.

Fakta-fakta di atas mampu menjelaskan kepada kita mengenai kelancaran Nabi Muhammad menerang dan menyampaikan hadis-hadis yang menyentuh perniagaan dan hukum-hukum perniagaan. Dengan pengalaman beliau yang luas dalam perniagaan, Nabi Muhammad berupaya menyampaikan hadis-hadis mengenai riba, sorokan barang, pengurangan timbangan dan menjaga hubungan baik dengan pelanggan. Oleh sebab Nabi Muhammad mula berniaga jauh sebelum beliau diangkat menjadi nabi, Pengalaman dan kemahirannya mencapai tahap yang tinggi sewaktu beliau menjadi utusan Allah.

Pasti anda tahu bahawa Rasulullah saw adalah seorang usahawan. Tahukah anda baginda sudah bermula sejak berumur 12 tahun?

Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul!) ketika berumur 25 tahun.

Apa yang diniagakan oleh baginda? Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga!

1. Rasulullah merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: “Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelas lagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama baginda).

2. Baginda mengutamakan keredhaan Allah dan keberkatan mencari rezeki yang halal supaya perniagaan sentiasa berada dalam garisan syariat dan terhindar daripada corak perniagaan orang-orang kafir yang terdapat unsur penipuan, riba’, pengurangan dalam timbangan dan lain-lain. Oleh itu, kejujuran, amanah, menjaga segala gerak-geri dan tutur kata amat penting bagi seorang ahli perniagaan kerana sifat-sifat mulia itu akan menjadikan seseorang peniaga itu dipercayai. Rasulullah melarang jual beli barang yang mengandungi unsur tipu daya.

3. Rasulullah bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh baginda bagi tujuan perniagaan. Muamaalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu-membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu-membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu-membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

4. Semenjak usia baginda masih kecil lagi, baginda telah berusaha untuk menyara kehidupan dan tidak bergantung kepada bapa saudaranya. Baginda sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal seperti menjalankan perniagaan. Perkara ini perlu dijadikan pengajaran dan iktibar bagi anak-anak muda pada masa kini.

5. Walaupun Rasulullah tidak mempunyai modal sendiri untuk berniaga, baginda sentiasa berusaha untuk menceburkan diri di dalam bidang ini dengan mengambil upah daripada orang-orang yang mempunyai modal tetapi tidak dapat melaburkan modalnya sendiri, mereka memerlukan orang lain untuk menjalankan perniagaanya.

6. Oleh kerana baginda Rasulullah telah bekerja sejak daripada muda lagi, baginda telah dikenali ramai dengan sifat kejujurannya dan ketekunannya dalam bekerja. Keadaan ini menyebabkan peluang baginda untuk menjalankan perniagaan orang-orang yang memerlukan bantuan adalah cerah.

7. Perniagaan baginda Rasulullah ke atas harta Khadijah memperlihatkan kepada kita tentang sebaik-baik harta adalah dari hasil sendiri yang dapat dimanfaatkan untuk kebaikan diri sendiri dan masyarakat seluruhnya. Manakala seburuk-buruk kemewahan ialah kemewahan yang diperolehi tanpa kesusahan dan tidak memberi sebarang manfaat kepada masyarakat.

8. Selepas baginda Rasulullah berkahwin dengan Sayidatina Khadijah, baginda masih tetap menjalankan perniagaan seperti biasa dan menjadi pengurus dan rakan perniagaan isteri baginda sehinggalah baginda diangkat menjadi Rasul.

9. Baginda Rasulullah bekerja sebagai saudagar hanya untuk memenuhi keperluan hidup baginda dan bukan untuk menjadi jutawan kerana baginda tidak pernah menunjukkan kecintaan terhadap kekayaan. Oleh itu baginda menceburkan diri dalam perniagaan semata-mata untuk mencari rezeki yang halal dan memenuhi keperluan hidup seharian. Melalui penglibatannya dalam perniagaan, kita dapati bahawa baginda Rasulullah menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran dan keadilan. Sikap ini membuatkan pelanggan-pelanggan tidak pernah bersungut dan merasa berpuas hati dengan baginda. Tidak pernah terjadi pergaduhan di antara baginda dengan pelanggan. Segala masalah akan diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Sikap jujur, adil, amanah dan bertanggungjawab adalah merupakan prinsip asas dalam perniagaan. Prinsip ini sepatutnya menjadi contoh teladan kepada para peniaga dalam menjalankan urusniaga perniagaan.

10. Baginda Rasulullah sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah-lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

11. Pertukaran barangan yang diadakan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak dalam urusniaga perdagangan merupakan pertukaran yang sah dan halal. Allah melarang manusia daripada mengambil barang orang lain tanpa mendapat persetujuan dan keizinan daripada mereka. Perkara ini penting untuk mengekalkan ketenteraman dan kesejahteraan di dalam masyarakat serta untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara ahli sesebuah masyarakat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Nisa’ ayat 29: Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan cara jual-beli suka sama suka (redha meredhai) di antara kamu.” ‘Jalan yang batil’ termasuklah semua jual-beli yang mengikut jalan yang salah yang bertentangan dengan hukum-hukum prinsip Islam dan yang sesat serta tidak bermoral dan beretika. Semua perniagaan hendaklah dijalankan dengan persetujuan bersama bukan dengan jalan paksaan dan penipuan. Sabda Rasulullah s. a. w. Bermaksud: “Sesungguhnya jual beli itu hanya sah dengan cara redha meredhai (suka sama suka).

12. Riba’ dalam apa jua bentuk sekali pun adalah dilarang Allah, manakala semua jenis jual beli yang tidak terkeluar daripada syariat Islam adalah halal. Firman Allah SWT. Bermaksud: “Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’.

akademi

About Fadzil

Menyambung pelajaran dalam ijazah doktor pergigian.Bekerja dengan syarikat Multinational dalam bidang Professional Selling selama 12 tahun.Pengalaman dalam bidang insurans dan unit amanah selama 2 tahun.Leader aktif dalam bisnes network marketing,blogger dan internet marketer sepenuh masa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>